Thursday, April 28, 2011

BUDGET CUPCAKE


Now available @ pink-patisserie

http://pink-patisserie.blogspot.com

CHIPSMORE CHEESE CAKE

Percubaan keduaku buat cheese cake. Resipi asal adalah Oreo Cheese Cake yang aku ambik dari blog mekna. Aku tukarkan oreo dengan chipsmore dan sebab tu jugak aku ubah nama jadi Chipsmore Cheese Cake.

The look.... so????
Resipi yang mudah dan senang untuk diikut. Rasa pun sedap.

Nak? Meh aa sini, ada lagi dalam esbok tu... TQ mekna...

pssst: lately takdak mood nak updet blog dan juga bercontest/GA.

http://pink-patisserie.blogspot.com

Thursday, April 21, 2011

FIRST TIME DAPAT HADIAH OTOGRAF

Dalam minggu nih aku dah terima dua hadiah GA/contest. Kedua2nya best.

First, isnin lepas aku terima Mary Kay body lotion. Bekas besar lagik, saiz botol susu 9oz. Body lotion nih bau passion fruit, sedap bau dia rasa macam nak makan ja. Thanx puan penganjur.

Lagi satu hadiah tu nampak macam biasa saja iaitu memo pad kaler ijau. Don't judge a book by its cover ok. Luar saja nampak biasa tapi dalamnya lain dari yang lain sebab ada nih......

Autograf Khairul Fahmi Che Mat (GK Malaysia aka apex). Ekslusif gitu. Thanx to elia dan amy.

Saturday, April 16, 2011

SO YUMMY!

ME WON GIVEAWAY BY AWEK KHAIRUL FAHMI CHE MAT & KAKAKNYA

Biar gambaq2 di bawah yang berbicara. Tumpukan pada kotak kaler hijau pucuk pisang.


TQ pada cik-cik penganjur First Combined Giveaway dan jugak tima kasih pada pemenang yang tak muncul2 tu, sebab dialah aku boleh menang. Rezeki adalah ketentuan Allah swt.

Klik SINI utk info sepenuhnya.

Thursday, April 14, 2011

ME WON PRECIOUS MOMENTS GIVEAWAY

Alhamdulillah rezeki di pagi rabu. Jenguk blog contest aku, terpandang komen dari mommie yuyu yang aku menang Precious Moments GA anjuran blog beliau. Tersenyum aku sorang2 depan lappy sebab sekarang agak kemarau dengan kemenangan GA atau contest. Lagipun sekarang nih aku pun dah mengurangkan diri dalam bab GA dan contest nih sebab sedang memberi tumpuan yang lebih kepada perkara lain.

Tima kasih mommie yuyu sebab ter'random' nama ros. Dan aku bakal dapat body lotion Mary Kay gitu. Kaler pink lagik, I loiiikkeee. Tahniah jugak pada pemenang lain.

Klik SINI untuk tengok senarai penuh pemenang.

Thursday, April 07, 2011

KLIP RAMBUT UNTUK AYRA, FM UNTUK IBU

Hari nih abg posmen singgah lagi kat rumah aku. Dia tinggalkan satu sampul surat pos ekspres. Bila ditengok pada pengirimnya, dari zana iaitu penganjur GA Anakku Comel.

Dan isi sampul pos ekspres tersebut ialah:

Sepasang klip rambut untuk ayra dan satu FM dari bandun untuk aku. Aku suka sangat sebab ayra blom ada klip rambut kaler purple dan aku jugak blom ada FM dari bandung so bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la. Terima kasih zana.

Nak tengok tak budak keciwi pakai klip rambut baru. Ni la dia....

Terserlah ke'kepek'kan hidung dia tu. Apa2 ja, janji dia happy so ibu pun happy jugak. Jangan dok asyik 'temper tantrum' ja, ibu terus pening kekadang ibu pun jadi 'hot temper' terus.

Dan jom kita tengok bila FM from bandung tu join kengkawan dia di esbok aku.

Hampir separuh dari FM yang aku ada tu aku dapat thru GA/contest di alam maya. Tima kasih semua. Jasa korang hanya Allah yang mampu balas.

pssst: Ayra dapat lagi satu hadiah pagi tadi dari sorang kawan aku merangkap jugak seorang blogger yg low profile. Nanti aku letak dalam satu entri khas. TQ pada puan pemberi hadiah.

Wednesday, April 06, 2011

SEMALAM DAPAT CEK, HARI NIH DAPAT 2 HADIAH

Semalam baru ja rasa dalam hati ada taman sebab dapat cek from en nuffnang. Hari nih berbunga2 lagik sebab dapat hadiah. Bukan satu tapi dua hadiah. Keduanya adalah dari penganjur GA yang mana aku adalah salah sorang dari pemenangnya.

First, hadiah fancy fruit fork. Heart shape lagik. Siap kaler merah lak tu. I likeeee! Kedua sikat kaler purple. yang nih ayra dah siap booking. Sikat dia katanya. Sampai abah dia balik keja tadi dia mintak kat abah dia mana sikat yang posmen antaq tu. Hahahaha, mcm2 la anak dara tu.

Terima kasih pada puan2 penganjur GA yang dah antaq hadiah kepada aku.

Buat pemenang GA aku, aku mintak maagf bebanyak. Tak sempat lagi nak pos hadiah korang. Sabar yer. Aku janji korang akan terima jugak hak korang tu.

ALMOND BROWNIES



Brownies yang mewah dengan badam panggang

Sedap dinikmati ketika minum pagi atau petang

Singgah ke http://pink-patisserie.blogspot.com

Tuesday, April 05, 2011

PENYERI HARI KU - TQ NUFFNANG

Semalam cek email, nampak nama en nuffnang. Alhamdulillah payment advice untuk cash out aku yang ketiga. Walaupun jumlahnya sebesar kuman, tapi rezeki tetap rezeki kan? Kali nih saja aku tak kumpul bebyk sebab sekarang nih kan nuffnang agak kedekut dengan untuk bagi BE kalau nak dibandingkan dengan dulu. Maybe sebab dah ramai sangat blogger kot ekk, sampaikan nuffnang kena buat mcm tu. By the way, aku tetap sayang kat en nuffnang nih. Sapa nak bagi duit free mcm nih kan? Sehari dua lagi sampai la cek tu. Errrmmm, nak buat apa ekk dengan fulus itu.....?

Related Posts with Thumbnails