Thursday, June 03, 2010

CIUMAN PEROKOK BOLEH BUNUH KANAK-KANAK

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka. Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

Sumber dari Berita Harian

pssst: En abu adalah perokok tegar. Dia tak penah merokok depan kami anak beranak. Port dia merokok adalah di luar rumah. Sebelum nih aku tak kisah sebab dah tak larat suruh dia berhenti merokok. Tapi bila baca artikel nih, alahai.... buat aku risau... Abang, berhenti merokok pleaseeee....

8 comments:

  1. pergh.. memang bahaya betul rokok ni..


    My latest entry : Design Kasut Nike Yang Awesome !

    ReplyDelete
  2. @shafiq

    tu yang lagi risau tu... ingatkan hidu asap rokok je bleh effect...

    ReplyDelete
  3. der terbaca gak mnda ni kt paper smlm. seb baiklah hubby gee xsmoking (mcmlah dh der anak hahahaha)

    ReplyDelete
  4. @nazzfikri

    baguslah kalau hubby gee tak merokok...insyaallah nanti ada anak jugak kan... preparation tu penting...

    ReplyDelete
  5. huhuhu..samala kita kak ros.n saya baru je bawa damia pegi jumpa pakar knk2 sbb dia cpt sgt berhingus kalau kene sejuk sikit. n doc bgtau kebiasaannya anak dan isteri perokok daya ketahanan diri mmg kurang dr org yg btul2 sihat.kita ni tak sihat ,kak ros..kena byk jaga pemakanan n klu cuaca berubah,kita pun kena beware esp anak2 la kan.nak wat gena, suami saya pun agak tegar

    ReplyDelete
  6. @Diyana Zulkifli

    tu lah kan diyana...aduiii mcm mana la nak suh depa nih berenti...bila ditanya sayang ka dak, depa kata sayang tapi rokok pun depa sayang jugak...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. cakap pasal rokok ni kan Rose, last Friday pegi lah melepak dinner kat secret recipe. datang satu family 4 beranak ni. mula tu tengok biasa je lah kan, bukan apa.. si mamanya tu smoking.. depan anak2 pulak tu. Si papanya tu pun sama, pulak tu si mamanya tu suruh anak pompuan dia pegi amek ash tray!!!! Haihhhh... bukan nak kata apa lah kan, kalau dah macam tu lah perangai contoh mak bapak.. tak mustahil anak2 diorang ikut bila besar nanti.. dunia oh dunia.. Alhamdulillah, bakal suami fara dah stop smoking setahun lalu.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails